Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts
2011-11-17
PROMOSI BUKU INTEAM PUBLISHING DI AKHBAR TEMPATAN
Bermula Oktober yang lalu, pihak promosi dan pemasaran Inteam Publishing telah memulakan kempen promosi buku-buku terbitan Inteam Publishing dalam akhbar-akhbar tempatan. Kempen ini bertujuan memperkenalkan jenama Inteam Publishing sebagai antara penerbit buku Islamik dan inspirasi terbaru di Malaysia serta memperkenalkan buku-buku baru terbitan IPSB yang sudah berada di pasaran dan yang akan terbit.
2010-04-15
INTEAM PUBLISHING DI PESTA BUKU PULAU PINANG


Assalamualaikum.
Warga Pulau Pinang dan yang berhampiran dengannya serta seluruh warga Malaysia amnya, dijemput untuk memeriahkan gerai Inteam Publishing di Pesta Buku Pulau Pinang yang akan diadakan pada 28 April ini sehingga 2 Mei di Dewan Millennium, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Antara aktiviti yang telah diatur ialah sesi bertemu peminat Inteam dan promosi album Nur Muhammad. Dapatkan produk-produk terkini dari Inteam Records dan Inteam Publishing dengan diskaun yang sangat menarik serta hadiah-hadiah percuma.
Pesta Buku Pulau Pinang ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan Syarikat Adam.
Lebih seratus gerai akan dibuka sepanjang lima hari ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga jam 9 malam.
2010-03-26
Sekitar Promosi Pentas di Pesta Buku Antarabangsa KL
Inteam Publishing mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat dalam acara pentas ini dari kumpulan Inteam, Unique, Suhaimi saad, dari kalangan staf IPSB, semua tetamu yang hadir memeriahkan, dan khususnya semua tenaga kerja KTI (Komuniti Teman Inteam) yang sangat komited menyokong dan membantu kami...
2010-03-21
PENGUNJUNG DAN PETUGAS GERAI INTEAM PUBLISHING
Alhamdulillah, Pesta Buku Antarabangsa telah pun berlangsung sejak Jumaat yang lalu...
Gerai Inteam Publishing dan Inteam Records dimeriahkan oleh pengunjung-pengunjung yang tak putus-putus mahu mendapatkan produk-produk terkini terbitan Inteam Publishing dan Inteam Records.
Antara produk terlaris setakat ini ialah buku Mari Berdoa yang mana pada hari Khamis, sebelum pesta buku berlangsung, sedang kami bersiap-siap menghias dan menyusun gerai, ada juga yang datang membeli buku Mari Berdoa dan beberapa produk lain... Sehinggakan 5 keping buku Mari Berdo telah terjual pada hari persiapan tersebut... Alhamdulillah...
Menurut pemerhatian kami, buku bercorak education untuk anak-anak sangat mudah menarik perhatian ibu bapa untuk mendapatkannya. Selain itu, buku dan produk audio amalan harian tetap menjadi antara produk bestseller...
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua petugas-petugas di gerai Inteam Publishing, dan istimewa buat si baju hitam oren; iaitu ahli-ahli Komuniti Teman Inteam yang lengkap dengan Uniform baru mereka yang sentiasa komited mempromosikan gerai Inteam Publishing...
Terima kasih atas sokongan anda semua!!!
Kepada yang belum berkesempatan datang, jemput datang ke gerai kami di D-01, ruang legar putra, PWTC - Ground Floor... Masih ada peluang berkongsi kemeriahan bersama dengan kami di Pesta Buku Antarabangsa sehingga 28 Mac ini...
2010-03-09
Temui kami di Pesta Buku Antarabangsa 2010...
Tahun 2010 merupakan tahun kedua kami menyertai Karnival Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di PWTC. Penyertaan kami membuka gerai pada tahun lalu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.Tahun ini kami akan menyewa gerai bernombor D-01 Ruang Legar Putra, Ground Floor di pintu masuk utama sebelah bawah.
Jemputlah beramai-ramai memeriahkan gerai Inteam Publishing sambil membeli-belah dengan potongan harga yang istimewa!!!
Selamat membaca, mendengar dan beramal...
Assalamualaikum wrh wbt.
Sejarah penerbitan buku oleh syarikat Inteam Records Sdn Bhd bermula pada tahun 2006 dengan terbitnya 3 buah buku dibawah kategori INSPIRASI iaitu: Bangkit Dari Gagal,
77 Emas Warisan dan Kaya Sebelum Miskin.
Kemudian, Inteam Records berehat seketika daripada aktiviti penerbitan buku bagi mengatur strategi untuk menghasilkan produk-produk bacaan yang lebih unik dan bermutu.
Bermula tahun 2009, Inteam Records kembali mengatur langkah melalui anak syarikatnya Inteam Publishing Sdn Bhd bagi menyambung kerja-kerja penerbitan buku secara lebih agresif dan produktif. Setelah melalui beberapa sesi kajian dan tinjauan, kru penerbitan Inteam Publishing telah bersepakat untuk menerbitkan buku-buku melalui siri atau edisi BACA, DENGAR dan AMAL yang menggabungkan buku-buku amalan harian dan CD audio bacaan amalan-amalan tersebut oleh Ustaz-ustaz dan tokoh berkelayakan.
Siri BACA, DENGAR dan AMAL ini mengajak pembaca membaca buku, lalu mendengar cara bacaan yang betul oleh ustaz-ustaz yang menyampaikan bacaannya melalui CD audio dan terus mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Antara buku yang telah diterbitkan dalam siri ini ialah ;
1. Yasin, Tahlil dan Doa
2. Surah Hafazan
3. Amalan Ibu Mengandung
4. Zikir dan Doa Selepas Solat
5. Al-Ma'thurat
6. Ayat-Ayat Ruqyah
7. Mari Berdoa
8. Bijak Tajwid
dan banyak lagi tajuk yang masih sedang dalam pembikinan...
Dapatkan buku-buku ini di pasaran dan selamat memBACA, menDENGAR dan berAMAL!!!
Beli buku-buku ini secara online di www.inteammobile.com/shop
Subscribe to:
Posts (Atom)








