web 2.0

2010-03-21

PENGUNJUNG DAN PETUGAS GERAI INTEAM PUBLISHING

Persiapan sehari sebelum Pesta Buku Antarabangsa

Alhamdulillah, Pesta Buku Antarabangsa telah pun berlangsung sejak Jumaat yang lalu...
Gerai Inteam Publishing dan Inteam Records dimeriahkan oleh pengunjung-pengunjung yang tak putus-putus mahu mendapatkan produk-produk terkini terbitan Inteam Publishing dan Inteam Records.
Persiapan di gerai Inteam Publishing


Persiapan di gerai Inteam Publishing



Antara Produk Al-Quran yang mendapat sambutan


Produk buku-buku terbitan IPSB

Antara produk terlaris setakat ini ialah buku Mari Berdoa yang mana pada hari Khamis, sebelum pesta buku berlangsung, sedang kami bersiap-siap menghias dan menyusun gerai, ada juga yang datang membeli buku Mari Berdoa dan beberapa produk lain... Sehinggakan 5 keping buku Mari Berdo telah terjual pada hari persiapan tersebut... Alhamdulillah...

Menurut pemerhatian kami, buku bercorak education untuk anak-anak sangat mudah menarik perhatian ibu bapa untuk mendapatkannya. Selain itu, buku dan produk audio amalan harian tetap menjadi antara produk bestseller...

Pengunjung mula memenuhi gerai Inteam Publishing



Pengunjung mula memenuhi gerai Inteam Publishing
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua petugas-petugas di gerai Inteam Publishing, dan istimewa buat si baju hitam oren; iaitu ahli-ahli Komuniti Teman Inteam yang lengkap dengan Uniform baru mereka yang sentiasa komited mempromosikan gerai Inteam Publishing...
Terima kasih atas sokongan anda semua!!!

Kepada yang belum berkesempatan datang, jemput datang ke gerai kami di D-01, ruang legar putra, PWTC - Ground Floor... Masih ada peluang berkongsi kemeriahan bersama dengan kami di Pesta Buku Antarabangsa sehingga 28 Mac ini...

Warga KTI (Komuniti Teman Inteam) bergaya dengan uniform rasmi mereka


Antara warga KTI yang membantu

Qayyum dan Hafizi


Safarizan a.k.a mmsafa Designer Inteam Publishing, juga orang kuat KTI

Warga KTI mempromosi booth Inteam Publishing, Terima kasih...

2 comments:

Unknown said...

Syabas!!! kepada Inteam Publishing dan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli KTI kerana bersama-sama membantu IPSB di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010, semoga Allah SWT membalas jasa baik kalian, amin.

Nadirah Ahmad Azam said...

x berkesempatan nak poie lagi..

mari membaca tu brapa harganye?

Post a Comment