web 2.0

2011-11-14

IMAM MUDA



Oleh : Ustaz Zulkifli Mat Arof

ISBN : 978-967-0326-09-2

Harga : RM 20.00 (SEM. M’SIA)

RM 22.00 (SABAH/SARAWAK)

KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI

Imam secara umumnya adalah ketua di dalam solat berjemaah. Imam juga boleh diertikan sebagai pemimpin atau ketua di dalam sesuatu urusan. Imam seharusnya seseorang yang memiliki peribadi yang mulia, tinggi ilmunya serta bijak akalnya. Imam solat secara khususnya perlu menguasai dengan baik berkenaan hukum-hukum yang berkaitan dengan solat.

Buku Imam Muda – Panduan Lengkap Imam, Bilal dan Solat Berjemaah tulisan Ustaz Dzulkifli Mat Arof ini sangat sesuai sebagai bahan bacaan dan panduan buat para imam, bakal imam dan bakal pemimpin usrah di sekolah-sekolah. Buku ini mengandungi panduan solat berjemaah muafiq atau masbuq, bacaan al-Fatihah, azan dan iqamat, solat ketika peperangan, sujud sahwi serta panduan pengurusan jenazah. Buku ini dipersembahkan dengan ringkas tetapi padat dan disertai gambar-gambar yang menarik.

Semoga ramai Muslim di luar sana yang akan beroleh manfaat dari buku ini. Selamat membaca dan selamat beramal!



2011-11-11

Kembara Hati Di Tanah Suci

Sebahagian umat Islam di Malaysia beranggapan bahawa ibadah haji itu hanya perlu dilaksanakan jika sudah sampai seru, sesudah pencen, tunggu usia tua dan pelbagai lagi tanggapan sera pemahaman. Hingga terdapat segelintir daripada mereka yang langsung tidak mengambil tahu mengenai ibadah haji. Mereka memberikan persepsi yang pasif dan negatif tentang ibadah haji dan juga Tanah Suci. Bahkan mereka langsung tiada keinginan, inisiatif dan perancangan untuk ke sana.

Semoga buku ini dapat meniupkan semangat untuk merancang bila ingin mengerjakan haji atau umrah. Sesungguhnya haji merupakan salah satu tuntuan rukun Islam yang lima. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam kita hendaklah bersegera menyempurnakannya.

Harga: RM35.00

KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI


RM42 Billion Pusaka Belum Dituntut?


Permasalahan pusaka di kalangan umat Islam yang berlaku hari ini, bolehlah diterjemahkan sebagai Fitnah Harta. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah SAW dalam salah satu hadis yang menggambarkan tentang akibat umat Islam mengabaikan Ilmu Faraid.

Rasulullah SAW telah menyarankan kepada umatnya agar mempelajari atau mengetahui Ilmu Faraid. Kerana Ilmu Faraid merupakan kunci untuk kita mengurus pusaka dan juga kunci untuk kita merancang pusaka.

Dengan hadirnya buku ini dapat membuka minda kita:

  • Agar selepas ini terdetik minat untuk mempelajari atau mendalami Ilmu Faraid.
  • Agar selepas ini terdetik dalam diri kita untuk segera berpakat sesama keluarga bagi menguruskan dan menyelesaikan pusaka peninggalan arwah ibubapa kita.
  • Agar kita segera membuat perancangan harta pusaka dengan mengambil langkah menulis Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka atau menulis Surat Pengisytiharan Hibah ataupun menulis Surat Pengisytiharan Harta Sepencarian.
Harga: RM25.00

KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI


HEBATNYA ZAKAT: Ustaz Ghazali Ibrahim

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib ditunaikan. Namun sejauhmanakah kesedaran dan pelaksanaan ibadah zakat dipraktikkan oleh masyarakat Islam di Malaysia?

Meskipun jumlah pungutan zakat kian meningkat saban tahun, namun masih terdapat golongan fakir miskin di negara kita. Jurang perbezaan taraf hidup antara kaya dan miskin masih terlalu ketara dalam masyarakat.

Justeru buku ini dikarang bagi mengupas persoalan zakat dan merungkai hikmah serta kaifiyah pelaksanaannya. Semoga ia menjadi wasilah ke arah menyuburkan rasa peduli umat Islam untuk memikul tanggungjawab sosial disamping menunaikan kewajipan sebagai muslim sejati.

Harga: RM23.00


Perkahwinan & Rumahtangga: Syurga Yang Disegerakan


Rumahtangga adalah satu laluan ke arah kematangan. Pada hidup berumahtangga itulah adanya segala rencah kehidupan; manis, gembira, bahagia, terasa, sedih, marah dan sebagainya. Segala mehnah dan cabaran yang dilalui akan membentuk seseorang itu menjadi manusia samada lebih baik iaitu cekal, berdikari, sabar dan matang atau sebaliknya iaitu menjadi seorang yang negatif dengan sifar pemarah, berputus asa dan pentingkan diri sendiri.

Teras utama yang akan menjamin kesinambungan dan keberkatan sesebuah rumahtangga adalah paksi agama yang kukuh. Sikap yang positif dan disenangi pasangan, pasangan yang sekufu serta kewangan keluarga yang kukuh menjadi faktor penyokong untuk merealisasikan rumahtangga yang tenang dan bahagia.

Buku "Perkahwinan & Rumahtangga: Syurga yang Disegerakan" ini merupakan satu buah tangan yang cukup berharga bagi mana-mana individu atau pasangan yang bakal berumahtangga atau yang masih sendiri tetapi ingin mempersiapkan diri sebelum saat yang dinantikan itu tiba. Buku ini mengupas secara ringkas namun padat tentang tajuk-tajuk penting yang merangkumi hal-hal sebelum berumahtangga iaitu tentang memilih calon, perihal akad nikah dan majlis perkahwinan serta kehidupan setelah berumahtangga iaitu tentang adab hubungan suami isteri, menimang anak, akikah, bersunat dan tidak ketinggalan tentang merancang kehamilan anak.

Semoga buku ini menjadi rujukan yang utama kepada masyarakat di luar sana yang bercita-cita untuk membina rumahtangga yang diberkati Allah. Rumahtangga yang bahagia akan menjadi syurga dunia bagi ahlinya. Amin.

Harga: RM30.00

DOA & PENAWAR TERPILIH: Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz


Doa & Penawar Terpilih merupakan sebuah buku terbitan Pusat Pendidikan Al-Barakah yang ditulis oleh Ustaz Mohd Kazim Elias al-Hafiz iaitu pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah yang berpusat di Kg. Manjoi, Ipoh, Perak. Buku ini dikarang bersama dengan panel pengarang pusat ini.

Doa yang terdapat dalam buku ini adalah antara himpunan doa terbaik yang telah menjadi amalan kepada masyarakat Islam di seluruh dunia sejak turun temurun lagi. Kebanyakan doa yang diperkenalkan di dalam buku ini telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW, isteri-isteri baginda, sahabat-sahabat dan masyarakat Islam pada zaman baginda.

Terdapat juga cara-cara rawatan atau lebih tepat lagi ilmu perubatan Islam yang hampir luput ditelan zaman tetapi amat berkesan jika diamalkan. Antaranya adalah penggunaan bahan semulajadi seperti tumbuhan dan hasil galian. Tidak ketinggalan juga diselitkan beberapa cara perubatan homeopati dan Islam yang amat sesuai untuk mereka yang mencari alternatif lain dalam mencari penawar.

Dengan harapan agar pembaca dapat memanfaatkan buku ini dan mempergunakannya mengikut kemampuan. Buku ini diterbitkan juga atas usaha untuk mengumpulkan DANA PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN AL-BARAKAH.

Harga: RM15.00

KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI

INDAHNYA HUBUNGAN SUAMI ISTERI MENURUT SYARAK

INDAHNYA HUBUNGAN SUAMI ISTERI MENURUT SYARAK

Membina dan mengharungi bahtera rumah tangga tidaklah semudah memusingkan jarum jam, namun tidak pula sesukar yang kita bayangkan. Asalkan kita dapat menyingkapinya dengan berhemah dan bijaksana dalam setiap lunas-lunasnya, insya Allah semua akan berjalan dengan baik.

“Rumahku Syurgaku”, demikian sabda Rasulullah yang sangat masyhur itu. Tentu sahaja tidak mudah membina rumah yang menjadi syurga itu, namun mesti diupayakan dengan sungguh-sungguh secara spritual. Pelbagai masalah yang menimpa sesebuah rumah tangga perlu di atasi segera sebelum merebak menjadi lebih parah.

Mutakhir ini kita sering kali mendengar perceraian di antara pasangan sama ada yang baru membina rumah tangga mahupun yang sudah lama menikah. Malah perceraian turut berlaku kepada pasangan yang berusia senja.

Salah satu terjadinya perceraian adalah ketidakpuasan atau ketikdakmampuan salah satu pihak untuk memenuhi hasrat pasangannya. Dengan alasan demikian Dr. Karim El-Shazly mengajak anda untuk berlatih teknik membangkitkan hasrat pasangan anda secara fizikal, dan menjaga hasrat tersebut secara psikologis, sampai kepada usia senja anda. Dalam buku ini juga dilampirkan aneka makanan pembangkit ghairah dan penyembuh keluhan seksual. Selamat membaca...

Harga: RM25.00

BIJAK TAJWID: Buku lengkap tajwid beserta DVD percuma!!!

BIJAK TAJWID: Buku lengkap tajwid beserta DVD percuma!!!

Allah SWT ada berfirman di dalam Al-Quran yang menyuruh kita membaca kitabNya dengan tartil (betul dan baik mengikut hukum & kaedah tajwid). Justeru, mempelajari Ilmu Tajwid adalah fardhu kifayah. Tetapi, mengamalkannya ketika membaca Al-Quran adalah fardhu ‘ain.

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْءَانَ وَعَلَّمَهُ

Sebaik-baik di kalangan kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada manusia. (Hadis riwayat Bukhari)

Buku Bijak Tajwid ini sangat sesuai sebagai panduan dan rujukan bagi mereka yang baru bertatih untuk belajar al-Quran dan ilmu tajwid. Persembahannya yang ringkas tetapi padat menjadikannya sesuai untuk semua golongan dan lapisan pembaca samada kanak-kanak, dewasa atau warga tua. Buku ini menyajikan penerangan yang jelas beserta contoh bagi memudahkan pembaca untuk mengenal hukum tajwid, memahami serta mengamalkannya di dalam bacaan al-Quran.

Harga: RM25.00


2011-05-27

Novel Inspirasi Remaja: Setanggi Kalbu Harraz



Buku terbaru terbitan Inteam Publishing dalam Novel Inspirasi Remaja berjudul 'Setanggi Kalbu Harraz' oleh Razifatun Nur telah pun berada di pasaran.

Mengisahkan pelajar SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Ahmad Harraz Maulawi yang mempunyai keistimewaan tersendiri yakni, aura suara yang menyihir sesiapa yang mendengarnya. Bersama Aiman, Fayyadh, Ustaz Nafis dan kumpulan Usratul Firdausi, mereka melakar kejayaan demi kejayaan dalam perjuangan menyemarakkan nasyid.

Keikhlasan Qarihatun Naurah mentransformasikan Harraz, namun, seseorang telah tersemai kesumat dengki kepada Harraz menyebabkan kecoh di Maahad Hamidiah. Berkat kesabaran, kebenaran dan keyakinan, perdamaian dicapai. Harraz dan enam sahabat mengemudi Imam Qurtubi melayari kehidupan seterusnya.

Ujian Maha Hebat melanda. Antara impian dan hasrat. Orang tersayang berada di ambang perjalanan abadi. Harraz terus meminta ihsan Ilahi. Dengan izin Allah, rayuannya diterima. Lalu dia mengerti nikmat kehidupan di muka bumi Allah. Menjadikan tautan mahabbah dengan orang tersayang lebih erat, lebih bermakna. Fitrah seorang insan. Kalbunya berhak menyukai dan disukai. Tetapi semuanya mesti bersandarkan syariat Allah dan nawaitu ikhlas. Dapatkah dia menggapai impian untuk mengikut jejak ikon nasyidnya – Almarhum Ustaz Asri, Sami Yusuf atau Ahmed Bukhatir?


Harga senaskhah: RM19.90 (Sem. Malaysia) RM21.90 (Sabah/Sarawak)



2010-11-29

ULAMA WARISAN RASULULLAH : Biografi Ulama Habaib



Buku terbaru terbitan Inteam Publishing dalam Siri Biografi berjudul 'Ulama Warisan Rasulullah' telah pun berada di pasaran.

Ulama Habaib ialah ulama-ulama berketurunan Rasulullah SAW. Biografi mereka dihimpunkan dalam buku ini sebagai mengingati jasa-jasa mereka yang kekal mengharum meskipun mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Ulama habaib yang diceritakan dalam buku ini terdiri daripada ulama habaib seluruh dunia termasuk dari Yaman, Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan Singapura. Sebahagian daripada ulama-ulama habaib ini dianggap sebagai wali Allah dan mempunyai karamah tersendiri.

Antara ulama habaib yang terkenal termasuk Habib Muhammad Husein al-Aidrus, Habib Alwi Muhammad al-Haddad, Habib Ahmad Alwi al-Haddad, Habib Muhammad Idrus al-Habsyi, dan Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki. Seorang daripada mereka iaitu Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad pernah menjadi mufti Johor dan dianggap ulama dan sejarawan yang hebat pada zamannya.

Harga senaskhah: RM25.00 (Sem. Malaysia) RM28.00 (Sabah/Sarawak)