web 2.0

2013-05-14

buku terbaru saya dan ust. haslin bollywood

DAPATKAN BUKU TERBARU DARIPADA SAYA & UST. HASLIN BOLLYWOOD DI PASARAN BERJUDUL TEORI ADAM & HAWA

SINOPSIS:

Rahsia Ilmu ‘Kenal’ Kunci Kebahagiaan Manusia tulisan bersama Nordin Jaafar & Ustaz Haslin Baharim. Buku ini membahaskan konsep kebahagiaan anak Adam dan bagaimana memperolehinya serta kesan yang positif kepada manusia jika mendapatkannya dan kesan negatif jika tidak memperolehinya. Semua yang terkandung di dalam buku ini merujuk kepada isu mencari kebahagiaan bagi umat manusia. Ia juga mengandungi pengisian yang menyatakan Ilmu ikhlas dan ilmu ‘KENAL’ sangat penting dipelajari agar memperoleh kebahagiaan hidup dan kisah-kisah insan yang kenal penciptanya. Apakah itu Awwalu ad-din ma’rifatullah

Buku ini turut membincangkan tentang konsep dakwah dan penemuan Teori Adam dan Hawa yang praktikal dan berkesan berdasarkan kajian ilmiah. Terdapat fakta sama ada Hawa dijadikan daripada rusuk kiri Adam atau tidak. Adakah Hawa penyebab Adam terpengaruh memakan buah khuldi dan tersingkir daripada syurga? Ada pencerahan Teori Adam dan Hawa dengan maklumat menarik, kepentingan sentuhan bagi lelaki manakala komunikasi berkesan bagi wanita. Turut dimuatkan tips-tips mendidik anak lelaki dan perempuan dengan baik melalui Teori Adam dan Hawa ini.

Buku ini banyak menggunakan tamsilan dan perumpamaan bagi memudahkan pemahaman berkenaan topik yang dibincangkan. Banyak juga pengisian fakta tentang solat dan kepentingannya memacu kebahagiaan di dua fasa kehidupan manusia. Kesan besar dalam kehidupan anak Adam jika mengabaikannya.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut berkenaan kedua-dua buku ini, bolehlah melayarifacebook.com/inteampublishing atau kedai online diwww.inteammobile.com

 atau hubungi 03-62736393 /019-6550919 (Inteam Publishing Sdn. Bhd.) atau email kepada inteampublishing@gmail.com.

2013-03-05

AMALAN SIMPLE TAPI POWER -ISTIGHFAR


حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي بَدْرٍ ، ثنا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ ، عَنِ الْحَكَمِ بْنِ مُصْعَبٍ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ :  مَنْ أَكْثَرَ مِنَ الاسْتِغْفَارِ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا ، وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا ، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memperbanyakkan beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap dukacita itu ada kelegaan dan pada setiap kesempitan ada jalan keluarnya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”[1]

Inilah kisah insan yang meyakini amalan ‘simple tetapi power’. Amalan yang disarankan di dalam al-Quran yang sedikit dipandang manusia. Inilah insan yang kenal Penciptanya yang berkuasa atas setiap sesuatu.

Beramal dan yakin dengan kekuasaan Allah telah dikisahkan dalam satu riwayat seorang ulama cendekiawan bernama Hassan Al-Basri. Oleh kerana kealiman dan kebijaksanaannya, beliau sering diminta pendapat oleh orang ramai untuk menyelesaikan masalah. [2]

Pada suatu hari, seorang lelaki dalam keadaan bersedih datang berjumpa Hassan Al-Basri lalu menceritakan masalahnya, "Cuaca terlalu panas. Hujan tidak turun. Tanaman saya banyak yang mati.” Lalu Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan istighfar kepada Allah. Lelaki itu pun beredar.

Selang beberapa hari, datang pula lelaki lain bertemu Hassan Al-Basri, "Saya menderita kemiskinan. Apa yang perlu saya lakukan?" Mendengarkan rintihan itu, Hassan Al-Basri memintanya supaya memperbanyakkan istighfar kepada Allah. Maka, lelaki itu pun pulang ke rumahnya.

Kemudian datang pula seorang lelaki lain mengadu masalahnya, "Tuan, isteri saya mandul dan tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya". Hassan Al-Basri bersimpati dengan lelaki itu lalu berkata, "Banyakkanlah istighfar, moga-moga masalah kamu akan selesai." Lelaki itu pun kembali ke rumahnya.

Para sahabat yang sering bersama Hassan Al-Basri berasa hairan dengan nasihat yang diberikan oleh beliau. Setiap kali orang datang mengadu masalah, Hassan Al-Basri hanya memberikan jawapan yang sama iaitu meminta mereka memperbanyakkan amalan istighfar memohon ampun kepada Allah.

Bagi mendapat kepastian, mereka bertanyakan hal itu kepada Hassan Al-Basri, "Kenapa tuan memberikan nasihat yang sama saja kepada mereka sedangkan masalah mereka berbeza-beza."  Beliau menjelaskan, "Tidakkah tuan-tuan pernah mendengar firman Allah di dalam al-Quran : 

Maka aku (Nabi Nuh AS) berkata kepada mereka (kaumnya) : ‘Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun. Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula untukmu sungai-sungai. Mengapa kamu tidak percaya pada kebesaran Allah?’."
(Surah Nuh: ayat 10-13).



[1] Musnad Ahmad bin Hanbal
[2]Lihat Tafsir al-Qurthubi, 18/302-303. Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 11/98

2012-06-11

buku terbaru di pasaran adab 24-7

dapatkan terbaru dari saya terbitan inteampublishing SB.
harga rm16.00. disertakan dengan ilustrasi komik menarik daripada kartunis kelinci. pastinya berbaloi-baloi memilikinya!!

2011-11-17

PROMOSI BUKU INTEAM PUBLISHING DI AKHBAR TEMPATAN

Iklan Harakah edisi Jumaat

Bermula Oktober yang lalu, pihak promosi dan pemasaran Inteam Publishing telah memulakan kempen promosi buku-buku terbitan Inteam Publishing dalam akhbar-akhbar tempatan. Kempen ini bertujuan memperkenalkan jenama Inteam Publishing sebagai antara penerbit buku Islamik dan inspirasi terbaru di Malaysia serta memperkenalkan buku-buku baru terbitan IPSB yang sudah berada di pasaran dan yang akan terbit.


Iklan Harakah edisi Jumaat 2


Review di Harian Metro

2011-11-14

DARI FAIL MAHKAMAH SYARIAH

Oleh : Boestamam Ahmad & Farah Safura Muhammud

ISBN : 978-967-0326-08-5

Harga : RM 20.00 (SEM. M’SIA)

RM 22.00 (SABAH/SARAWAK)

KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI

Kehidupan berumah tangga merupakan satu ruang untuk membina bahagia dan ceria. Bahagia itu diharapkan berkekalan di dunia dan hingga ke akhirat. Namun, kebahagiaan sesebuah rumah tangga hanya akan terbina oleh beberapa faktor penting, antaranya restu orang tua kedua-dua belah pihak, pemahaman dan pelaksanaan syariat Islam di dalam rumah tangga serta sifat saling bertolak ansur antara pasangan suami isteri. Restu orang tua amat perlu dalam menjaga keberkatan dan keharmonian sesebuah rumah tangga.

Oleh itu, tindakan menikah tanpa kebenaran sama ada di dalam ataupun di luar negeri bukanlah satu pilihan bijak. Meskipun dalam situasi tertentu, perkahwinan yang berlaku itu sah menurut syariat, tetapi perkahwinan itu tidak sah menurut undang-undang negara. Perkahwinan itu perlu didaftarkan bagi mengelak sebarang kesulitan di masa akan datang. Perkahwinan itu perlu disiasat oleh pihak berkenaan terlebih dahulu sebelum boleh disahkan dan didaftarkan di Pejabat Agama kawasan yang terlibat.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan semakin hari semakin ramai orang yang mengambil jalan bernikah tanpa kebenaran sebagai jalan penyelesaian. Antara faktor yang menyebabkan mereka memilih jalan itu ialah tidak mendapat restu ibu bapa, ingin berkahwin satu lagi serta tidak tahu akan syarat dan undang-undang perkahwinan di Malaysia. Sesungguhnya berkahwin tanpa kebenaran akan mengundang lebih banyak kesulitan di kemudian hari berbandingkeseronokanyang sementara. Semoga generasi masa kini akan berfikir panjang sebelum menikah agar memilih jalan yang baik dan murni untuk menikah. Titik awal pernikahan akan mempengaruhi keberkatan dan kebahagiaan sesebuah rumah tangga.


KELEBIHAN SELAWAT


Oleh : Maulana Muhammad Zakariya

ISBN : 978-967-0326-06-1

Harga : RM 24.00 (SEM. M’SIA)

RM 26.00 (SABAH/SARAWAK)

KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI

* Dengan setiap pembelian buku ini, anda akan dapat sekeping CD Nur Selawat.

Buku Kelebihan Selawat ini merupakan khazanah yang cukup berharga buat umat Islam. Buku hasil tulisan Maulana Muhammad Zakariya yang berasal dari India ini mengandungi penceritaan dan hujah-hujah dari al-Quran dan hadis berkaitan kelebihan-kelebihan berselawat.

Sebilangan besar ahli kalam bersetuju bahawa selawat ke atas Rasulullah SAW adalah wajib sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kecelaan bagi mereka yang tidak berselawat ke Nabi Muhammad SAW apabila nama baginda disebut. Orang yang sedemikian dipanggil orang bakhil, zalim, orang yang dibinasakan dan sebagainya. Antara kelebihan selawat yang disebut di dalam buku ini ialah Allah dan para malaikat menghantarkan rahmat buat orang yang berselawat, darjat mereka ditinggikan di sisiNya serta amalan selawat itu menjadi penebus dosa. Orang yang membaca selawat juga akan dipenuhi dan dicukupkan keperluannya oleh Allah SWT.

Tidak rugi orang yang rajin berselawat. Rasulullah SAW akan memberi syafaatnya kepada mereka yang rajin berselawat. Semoga dengan membawa buku ini, akan menambahkan kecintaan kita kepada Allah dan rasul. Seseorang juga akan terdorong untuk banyak berselawat kerana melihat banyaknya hikmah dan kelebihan daripada amalan yang mulia itu.

Sesungguhnya selawat merupakan ibadah yang sangat dicintai oleh Allah.

JEJAK 5 RASUL DI TURSINA


Oleh : Ustaz Taha Hassan al-Qusyasyi

ISBN : 978-967-0326-07-8

Harga : RM 20.00 (SEM. M’SIA)

RM 22.00 (SABAH/SARAWAK)

KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI

Buku ini dihasilkan adalah atas dasar permintaan dan kehendak daripada sebahagian pelajar yang memerlukan keterangan dan penjelasan yang lebih tepat dan ringkas sebagai panduan kepada mereka untuk memahami dan mengerti hakikat dan kebenaran peristiwa sejarah serta lokasi di sekitar kawasan Semenanjung Sinai. Tidak ada pengetahuan sejarah yang lebih baik untuk dipelajari dan diselidiki melainkan catatan tersebut menceritakan tentang sejarah kehidupan para nabi dan rasul. Lebih-lebih lagi teori pensejarahan ini diambil dari sumber al-Quran dan hadis. Tidak syak lagi bahawa segala fakta yang dinukilkan darinya adalah benar dan tepat.

Seperti yang sedia maklum, penulisan ini bukanlah bahan rujukan utama bagi huraian sejarah kisah-kisah para nabi dan rasul. Akan tetapi, penulisan ini hanyalah merupakan satu kajian dan panduan umum untuk mereka yang ingin memahami dan mengetahui secara asas tentang peristiwa sejarah yang berlaku berserta keterangan lokasinya.

Di dalam penulisan ini, ia terkandung 11 tajuk utama yang membicarakan tentang sejarah kehidupan Nabi Soleh AS, Musa AS, Harun AS, Ilyas AS dan Ilyasac AS serta tumpuan lokasi historiografinya di sekitar kawasan Semenanjung Sinai.

IMAM MUDA



Oleh : Ustaz Zulkifli Mat Arof

ISBN : 978-967-0326-09-2

Harga : RM 20.00 (SEM. M’SIA)

RM 22.00 (SABAH/SARAWAK)

KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI

Imam secara umumnya adalah ketua di dalam solat berjemaah. Imam juga boleh diertikan sebagai pemimpin atau ketua di dalam sesuatu urusan. Imam seharusnya seseorang yang memiliki peribadi yang mulia, tinggi ilmunya serta bijak akalnya. Imam solat secara khususnya perlu menguasai dengan baik berkenaan hukum-hukum yang berkaitan dengan solat.

Buku Imam Muda – Panduan Lengkap Imam, Bilal dan Solat Berjemaah tulisan Ustaz Dzulkifli Mat Arof ini sangat sesuai sebagai bahan bacaan dan panduan buat para imam, bakal imam dan bakal pemimpin usrah di sekolah-sekolah. Buku ini mengandungi panduan solat berjemaah muafiq atau masbuq, bacaan al-Fatihah, azan dan iqamat, solat ketika peperangan, sujud sahwi serta panduan pengurusan jenazah. Buku ini dipersembahkan dengan ringkas tetapi padat dan disertai gambar-gambar yang menarik.

Semoga ramai Muslim di luar sana yang akan beroleh manfaat dari buku ini. Selamat membaca dan selamat beramal!



2011-11-11

Kembara Hati Di Tanah Suci

Sebahagian umat Islam di Malaysia beranggapan bahawa ibadah haji itu hanya perlu dilaksanakan jika sudah sampai seru, sesudah pencen, tunggu usia tua dan pelbagai lagi tanggapan sera pemahaman. Hingga terdapat segelintir daripada mereka yang langsung tidak mengambil tahu mengenai ibadah haji. Mereka memberikan persepsi yang pasif dan negatif tentang ibadah haji dan juga Tanah Suci. Bahkan mereka langsung tiada keinginan, inisiatif dan perancangan untuk ke sana.

Semoga buku ini dapat meniupkan semangat untuk merancang bila ingin mengerjakan haji atau umrah. Sesungguhnya haji merupakan salah satu tuntuan rukun Islam yang lima. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam kita hendaklah bersegera menyempurnakannya.

Harga: RM35.00

KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI


RM42 Billion Pusaka Belum Dituntut?


Permasalahan pusaka di kalangan umat Islam yang berlaku hari ini, bolehlah diterjemahkan sebagai Fitnah Harta. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah SAW dalam salah satu hadis yang menggambarkan tentang akibat umat Islam mengabaikan Ilmu Faraid.

Rasulullah SAW telah menyarankan kepada umatnya agar mempelajari atau mengetahui Ilmu Faraid. Kerana Ilmu Faraid merupakan kunci untuk kita mengurus pusaka dan juga kunci untuk kita merancang pusaka.

Dengan hadirnya buku ini dapat membuka minda kita:

  • Agar selepas ini terdetik minat untuk mempelajari atau mendalami Ilmu Faraid.
  • Agar selepas ini terdetik dalam diri kita untuk segera berpakat sesama keluarga bagi menguruskan dan menyelesaikan pusaka peninggalan arwah ibubapa kita.
  • Agar kita segera membuat perancangan harta pusaka dengan mengambil langkah menulis Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka atau menulis Surat Pengisytiharan Hibah ataupun menulis Surat Pengisytiharan Harta Sepencarian.
Harga: RM25.00

KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI